PETALING JAYA: Seramai 359,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati tidak pernah langsung membayar semula pinjaman tersebut selepas menamatkan pengajian. Mereka adalah sebahagian daripada 1.2 juta peminjam culas yang direkodkan setakat ini oleh perbadanan itu dengan jumlah tunggakan pinjaman kini mencecah sebanyak RM11.18 bilion. Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim mendedahkan, pihaknya mendapati ada yang bekerja dengan pendapatan tinggi, termasuk mereka yang bekerja di Singapura dengan pendapatan…










