PETALING JAYA: Gegaran kecil yang berlaku di daerah Segamat, Johor sejak kebelakangan ini dipercayai berpunca daripada kewujudan sesar baharu yang belum dikenal pasti. Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zakaria Endut berkata, keadaan itu dijangka hanya bersifat sementara kerana fenomena tersebut lazimnya akan berhenti selepas beberapa kali gegaran susulan. Katanya, setiap kali berlaku gegaran utama, pergerakan sesar akan mengambil masa untuk kembali stabil…