Wajib sekolah menengah, atasi keciciran murid

Wajib sekolah menengah, atasi keciciran murid

Memuk­tamadkan Rang Undang-Un­dang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 bertujuan mewajibkan pendidikan mene­ngah bagi mengatasi keciciran pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Memuk­tamadkan Rang Undang-Un­dang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 bertujuan mewajibkan pendidikan mene­ngah adalah antara langkah signifikan yang diambil Kementerian Pen­didikan (KPM) bagimenambah baik kualiti pendidikan negara.

KPM dalam satu kenya­taan semalam berkata, RUU tersebut antara lain bertujuan menangani masalah keciciran sekali gus meningkatkan kesaksamaan akses pendidikan untuk semua murid.

“Ia adalah satu langkah signifikan demi masa hadapan anak-anak Malaysia yang lebih baik.

“Reformasi pendidikan yang sedang berjalan akan ­te­rus diperkukuhkan menerusi pe­lak­sanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan memberi tumpuan kepada pendidikan yang inklusif dan mampan,” demikian menurut kenyataan itu.

Dapatan Laporan Ipsos Malaysian Education Monitor 2025 menunjukkan, Malaysia ber­ada pada kedudukan ke­sembilan daripada 30 negara yang mengambil bahagian, dengan 44 peratus responden berpuas hati dengan kualiti pendidikan negara, 29 peratus tidak pasti, manakala baki 25 peratus lagi kurang berpuas hati.

Antara perkara utama yang disentuh dalam laporan Ipsos adalah terkait kesaksamaan akses pendidikan untuk semua murid, penggunaan teknologi selamat dan kesihatan mental.

KPM berkata, pihaknya turut melaksanakan usaha pe­ningkatan akses pendidikan berkualiti menerusi pembinaan sekolah baharu dan naik taraf infrastruktur institusi pendidikan.

Katanya, RMK13 turut memfokuskan kepada pendi­dikan prasekolah, penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Ingge­ris, pengukuhan bidang Sains, Teknologi, Kejurute­raan dan Matematik (STEM).

Ini termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasio­nal (TVET) serta literasi digital termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Aspek penggunaan tekno­logi selamat dan kesihatan mental sememangnya menjadi per­hatian Kementerian. Dasar Pendidikan Digital (DPD) memberi penekanan kepada aspek penggunaan teknologi digital secara menyeluruh, kreatif, inovatif, selamat, bertanggungjawab dan beretika.

“Bagi menangani isu kesihatan mental pula, pengesa­nan awal Saringan Minda Sihat dan program intervensi dilaksanakan di semua institusi pendidikan seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, KPM ber­kata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027 sedang di­muktamadkan.

“Kedua-duanya ­adalah pen­ting dalam memacu pendidikan negara ke arah kecemerla­ngan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×