WASHINGTON: Pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) merudum sepanjang tujuh bulan pertama pentadbiran Presiden Donald Trump di Rumah Putih, dengan inflasi kembali meningkat susulan pelaksanaan tarif baharu bulan lalu. Laporan pada Jumaat menunjukkan majikan hanya menambah 22,000 pekerjaan pada Ogos, manakala kadar pengangguran meningkat kepada 4.3 peratus. Sektor perkilangan dan pembinaan turut mengurangkan lebih 50,000 pekerja dengan semakan data mendapati ekonomi AS kehilangan 13,000 pekerjaan pada Jun, kerugian bulanan pertama…