Thailand patahkan cubaan seludup 4.6 juta biji pil kuda ke Malaysia

Thailand patahkan cubaan seludup 4.6 juta biji pil kuda ke Malaysia

PASUKAN keselamatan Thailand menunjukkan treler yang digunakan bgai membawa pil kuda dipercayai untuk diseludup ke Malaysia pada 21 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAKHON SI TAMMARAT, THAILAND: Pihak berkuasa melalui Polis Peronda Sempadan mematahkan cubaan menyeludup 4.6 juta pil kuda ke Malaysia selepas merampas dadah bernilai RM6.5 juta di Daerah Chulabhorn di sini, Ahad lalu.

Rampasan pada pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan selepas anggota bertugas menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Jurucakap Lembaga Kawalan Narkotik Wilayah 8, berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu menjumpai 600,000 pil kuda dan pemandu kereta tersebut ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, bertindak atas maklumat rampasan pertama itu , anggota bertugas berjaya memintas sebuah treler di Lebuhraya 41 Daerah Thung Yai, beberapa jam kemudian.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbabit menemukan empat juta pil kuda. Selain itu kami turut menahan tiga suspek bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek terlibat mengaku mengambil upah untuk mengangkut dadah berkenaan dari Wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya untuk diserahkan kepada individu tidak dikenali di Daerah Khuan Khanun, Wilayah Phatthalung,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jurucakap itu memberitahu, kesemua suspek mengaku menerima upah antara RM26,200 -RM39,350 untuk membuat penghantaran itu sehingga ke selatan Thailand.

Katanya, dadah itu akan diserahkan kepada sindiket tertentu sebelum dihantar ke wilayah bersempadan dengan Malaysia di selatan negara itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN