JERANTUT: Setelah kisah seorang pelajar, Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam, 19, yang tiada wang untuk membayar yuran pendaftaran masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disiarkan Utusan Malaysia, pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, pemimpin setempat dan dermawan tampil menghulurkan bantuan bagi membolehkannya meneruskan pengajian di universiti tersebut. Ibu pelajar berkenaan, Fazziah Abdullah, 47, berkata, wakil kerajaan negeri, UMNO Bahagian Jerantut, Majlis Pembangunan Wanita Pahang, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Pengurusan…