Seoul Phoenix FC, KRW terikat tanpa jaringan

Seoul Phoenix FC, KRW terikat tanpa jaringan

AIMAN Joanny (kanan) diasak oleh pemain Seoul Phoenix Fc dalam Perlawanan Liga A1 Semi-Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hasrat Kelantan Red Warrior (KRW) untuk meraih tiga mata penuh di Stadium Sultan Muhammad IV di sini tidak kesampaian apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Seoul Phoenix FC pada aksi sengit Liga A1 Semi Pro sebentar tadi.

Meskipun mendominasi hampir keseluruhan perlawanan, KRW buntu di depan gawang dengan beberapa peluang keemasan termasuk sepakan percuma Otis Khan Mohammed pada minit ke-35 gagal menerjah jaringan lawan.

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal hingga tamat aksi babak pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah Irfan Bakti Abu Salim terus mempamerkan semangat tinggi dengan rantaian serangan untuk cuba merobek gawang pasukan tuan rumah namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Minit ke-58, Otis sekali lagi terlepas peluang memecah kebuntuan jaringan selepas sepakan percuma diambilnya melewati palang gol pelawat.

Selepas itu, Emmanuel Mbarga gagal memanfaatkan peluang terbaik mendapatkan jaringan pertama KRW apabila percubaannya sekadar menggegar tiang gol meskipun penjaga gawang Seoul Phoenix, Jihun Oh sudah tertewas.

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN