ALOR SETAR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara terbuka menolak dirinya sebagai calon Perdana Menteri dari Pas atas faktor usia dan kesihatan. Katanya, Pas mempunyai ramai calon untuk diketengahkan sebagai Perdana Menteri namun bukan dirinya yang sudah berusia lebih 70 tahun. Ujar beliau, Pas mempunyai panduan dalam memilih calon Perdana Menteri iaitu antaranya mestilah berilmu, integriti dan sihat tubuh badan. “Seperti saya ini, tidak layah dah, sudah 70…