KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperluaskan bantuan secara bersasar kepada bukan sahaja golongan B40, malah kumpulan M40 yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup dalam Belanjawan 2026 . Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai juga mahu kerajaan mengambil tindakan lebih konkrit membantu rakyat menangani kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Pekerja swasta, Amirul Adam Hasnul Azan, 25, mendakwa, harga barangan asas ketika ini terlalu mahal hingga menjejaskan kemampuan rakyat untuk…