ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertingginya dalam tempoh seminggu akan datang bagi memutuskan siapa calon Perdana Menteri daripada gabungan itu. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua kepimpinan parti dalam gabungan tersebut akan menghadiri mesyuarat itu kelak. “Kita akan panggil dan bincang di peringkat Majlis Tertinggi PN, saya pun sudah maklum kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang tadi yang kita akan panggil mesyuarat berkaitan perkara itu…