KLANG: Lebih 20,000 penduduk di Bukit Kapar serta pengguna Jalan Iskandar berdepan risiko kemalangan apabila berlaku mendapan dan kerosakan teruk berulang kali di jalan berkenaan. Jalan tersebut merupakan laluan utama bagi penduduk di Kampung Bukit Kapar dan Kampung Bukit Kerayong yang menghubungkan dengan Jalan Meru Tambahan dan Pekan Kapar. Jalan tersebut juga merupakan laluan bagi lori-lori kompaktor menuju ke tapak pelupusan sampah di Jeram, Kuala Selangor. Penduduk mendakwa jalan itu…