KAJANG: Penduduk di sekitar kawasan Sungai Merab di sini semakin bimbang dengan kehadiran kumpulan anjing liar yang disifatkan mereka semakin agresif. Seorang penduduk Taman Saujana Sekata di sini yang mahu dikenali sebagai Zamri, 45, mendakwa, lima ekor anjing liar memasuki rumahnya kira-kira pukul empat pagi, baru-baru ini. Katanya, ketika dia keluar untuk menghalau, ketiga-tiga ekor arnab peliharaannya sudah mati bergelimpangan di sekitar sangkar. “Anjing-anjing ini semakin berani untuk cari makanan…