PETALING JAYA: Jawatan Pendakwa Raya perlu diwujudkan secara khusus dan dilindungi Perlembagaan bagi memastikan proses pendakwaan benar-benar bebas daripada pengaruh politik. Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz berkata, cadangan itu penting kerana pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya hanya berkesan sekiranya individu dilantik mempunyai kewibawaan tinggi serta dilindungi undang-undang daripada tekanan politik. Katanya, kriteria pelantikan dan aspek keselamatan jawatan perlu…