WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump meminta Kongres meluluskan peruntukan tambahan sebanyak AS$58 juta (RM243 juta) untuk perkhidmatan keselamatan bagi melindungi ahli cabang eksekutif dan kehakiman susulan pembunuhan aktivis sayap kanan, Charlie Kirk. Walaupun kerajaan juga menyokong usaha menambah perlindungan untuk ahli Kongres, mereka menyerahkan keputusan lanjut kepada pihak legislatif. Kirk, sekutu rapat Trump, ditembak mati ketika berucap di hadapan 3,000 pelajar universiti di Utah minggu lalu. Insiden berprofil tinggi itu…