WASHINGTON: Sebuah patung menggambarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama mendiang jutawan serta pesalah seks, Jeffrey Epstein, dikeluarkan dari kawasan tugu peringatan National Mall di Washington selepas dipamerkan secara haram pada 23 September lalu. Patung bersaiz sebenar itu yang dicat menyerupai gangsa menunjukkan Trump dan Epstein berdiri di atas tiang putih, sambil tersenyum, berpegangan tangan dan mengangkat kaki seolah-olah sedang menari. Sebuah plak yang dipasang menamakan karya itu sebagai…