WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bertindak menyekat warga China daripada mengakses kemudahan, bahan serta rangkaian agensi itu walaupun mereka memiliki visa sah. Tindakan drastik tersebut sekali gus menafikan peluang warga China untuk terus berkhidmat di salah sebuah pusat penyelidikan angkasa paling berprestij dunia. Menurut laporan Bloomberg, sekatan itu mula berkuat kuasa pada 5 September lalu apabila beberapa pelajar dan kontraktor warga China mendapati akses mereka…