PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron merancang untuk mengemukakan bukti saintifik di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) bagi mengesahkan isterinya, Brigitte, tidak dilahirkan sebagai lelaki. Pasangan itu memfailkan saman pada Julai lalu terhadap personaliti konservatif berpengaruh, Candace Owens serta syarikat miliknya, dengan mendakwa Owens melancarkan siri serangan fitnah berterusan demi melonjakkan profil platform medianya, menarik lebih ramai pengikut dan meraih keuntungan. Owens sebelum ini mendakwa Brigitte sebenarnya seorang lelaki bernama…










