MELAKA: “Kalau saya sudah tiada, habislah. Tiada siapa lagi mahu buat kerja ini,” demikian luahan tukang barangan logam, Yong Ah Kow, 75, yang mengusahakan perusahaan turun-temurun keluarganya sejak lebih 100 tahun lalu di Jalan Hang Kasturi di sini. Ah Kow berkata, dia sendiri sudah lebih setengah abad mengabdikan diri dalam bidang itu namun gusar kerana tiga anaknya mempunyai kerjaya masing-masing dan tidak berminat menyambung legasi itu. “Saya belajar kemahiran ini…