KOTA KINABALU: Prosiding hari kedua inkues bagi mencari kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini semalam, menimbulkan lebih banyak persoalan. Antaranya, remaja perempuan itu terjatuh dari tingkat berapa? Adakah benar Zara Qairina terjun dari tingkat tiga asramanya atau adakah remaja itu ditolak ketika cuba melarikan diri? Peguam Rizwandean M Borhan yang mewakili ibu remaja itu, Noraidah Lamat ketika menyoal saksi pertama inkues, pakar patologi…









