SEREMBAN: Larangan terhadap pengeluaran dan pengambilan hasil kerang-kerangan termasuk kupang dari perairan Port Dickson ditarik balik berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, analisis makmal terhadap sampel kupang melalui sistem panggar dan pancang pada 17 September lalu mendapati kandungan toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) di bawah paras parameter 800 per billion (ppb). Menurutnya, keputusan menarik semula larangan tersebut adalah berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa…