COPENHAGEN: Ruang udara di Lapangan Terbang Aalborg, Denmark terpaksa ditutup selepas beberapa dron dikesan berhampiran kawasan itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif lapangan terbang, Niels Hemmingsen semalam. Insiden berkenaan merupakan kali kedua pada minggu ini, apabila lapangan terbang negara tersebut terpaksa menghentikan operasi akibat pencerobohan dron. Pesuruhjaya Polis Kebangsaan Denmark, Thorkild Fogde mengesahkan pihaknya masih menyiasat dalang di sebalik kejadian itu dan tidak menolak pelbagai kemungkinan. “Sekali lagi, kami mengesahkan objek…