Kim Jong-Kook rahsiakan identiti isteri - Utusan Malaysia

Kim Jong-Kook rahsiakan identiti isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Bintang Running Man, Kim Jong-Kook menamatkan zaman bujang dengan suri hati pilihannya.

The Korea Times melaporkan, pasangan itu disatukan dalam majlis tertutup di Seoul yang dihadiri keluarga, saudara mara dan teman rapat.

Menariknya, majlis itu diacarakan sahabat lamanya yang juga hos Running Man, Yoo Jae-Suk.

Pada 18 Ogos lalu, Jong-Kook mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya.

Penyanyi berusia 49 tahun itu tetap dengan keputusan untuk tidak mendedahkan identiti isterinya kepada umum.

“Saya tidak campur adukkan kerja dan keluarga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN