SEREMBAN: Kes membabitkan dua beradik yang meninggal dunia selepas lemas dalam kejadian kereta menggelongsor ke dalam sungai di Port Dickson pagi tadi disiasat sebagai kes bunuh. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sehubungan itu seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun disyaki bapa kepada mangsa dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan selepas memberikan keterangan meragukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson. “Semakan rekod lampau terhadap…