TAWAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah demi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dijamin. Perdana Menteri berkata, perjuangan politik harus didasari semangat membela rakyat, bukan perbalahan kaum atau wilayah. “Yang penting jangan bermusuh, Melayu lawan Cina, Dusun lawan Kadazan, Cina lawan India, atau Sabah lawan Semenanjung. Kita pilih orang baik sama ada dari Sabah atau Semenanjung supaya kerajaan negeri dan Persekutuan…