KANGAR: Kemunculan semula Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang memasuki gelanggang dalam pemilihan Pas pertengahan bulan ini menarik perhatian ramai. Hal itu setelah selepas beliau pernah menyatakan untuk berehat seketika di dalam politik selepas tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, dua tahun lalu dan agak menyepi selepas itu sebelum dilantik sebagai Senator. Dalam pemilihan nanti, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri…