GAZA: Kos untuk sebuah keluarga melarikan diri dari Gaza City akibat serangan Israel dianggarkan mencecah AS$3,180 (RM13,374), menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), semalam. Dalam kenyataan di platform X, UNRWA berkata, keluarga di Gaza berdepan pelbagai cabaran termasuk kekurangan bahan api, larangan bekalan khemah hampir tujuh bulan, ruang perlindungan sementara yang sesak serta pendapatan terjejas selepas hampir dua tahun peperangan. Berdasarkan infografik yang dikeluarkan,…