KEMAMAN: Seorang suri rumah dari Kampung Semayor, Kemasik di sini, tidak menang tangan menyiapkan tempahan kek dan pencuci mulut yang bertemakan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan Ke-68 dan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September ini. Noorhaslina Ab. Hamid, 41, berkata, dia menerima tempahan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut termasuk kek marble jelita, kek coklat, brownies dan apam mini yang bertemakan Jalur Gemilang dan warna-warna Merdeka sejak awal bulan…