GAZA: Lebih 7,000 kanak-kanak bawah usia lima tahun terpaksa dimasukkan ke dalam program pemulihan kekurangan zat makanan akut di klinik yang dikendalikan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) di Gaza dalam tempoh hanya dua minggu bulan lalu. Menurut data yang didedahkan badan itu, jumlah keseluruhan bagi bulan Ogos sedang dikumpulkan, namun dijangka melebihi 15,000 pesakit baharu, lebih tujuh kali ganda berbanding Februari lalu. “Bulan lalu, keadaan kebuluran diisytiharkan di…