IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan bahawa perjanjian yang pernah dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan tidak seharusnya dipersoalkan sewenang-wenangnya. Baginda bertitah, tindakan demikian boleh menjejaskan sikap saling mempercayai serta menghormati antara satu sama lain selain diburukkan lagi oleh retorik politik yang mengeksploitasi isu kaum dan agama sehingga menyalakan api perselisihan. “Kemerdekaan tanah air diperoleh secara perundingan dan diplomasi melalui kebijaksanaan dan sifat pragmatisme Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra…