BAITULMUQADDIS: Israel melancarkan satelit pengintip baharu ke orbit, yang digambarkan Menteri Pertahanan Israel Katz hari ini sebagai ‘mesej’ kepada musuh bahawa mereka sentiasa dipantau. Pelancaran satelit Ofek 19 pada malam Selasa berlaku dua bulan selepas perang 12 hari antara Israel dan Iran, yang menyaksikan tapak nuklear serta ketenteraan Teheran diserang, termasuk kawasan kediaman. Menurut ketua direktorat penyelidikan dan pembangunan kementerian pertahanan, Daniel Gold, lebih 12,000 imej satelit wilayah Iran dikumpulkan…