TEHERAN: Iran dilaporkan mula membina kembali tapak pengeluaran peluru berpandu yang disasarkan Israel semasa perang 12 hari pada Jun lalu. Namun menurut imej satelit yang dianalisis The Associated Press, satu komponen penting, pengadun besar yang diperlukan untuk menghasil bahan api pepejal bagi senjata tersebut, dipercayai masih tiada. Menyusun semula program peluru berpandu adalah penting bagi Republik Islam itu, yang percaya pusingan perang dengan Israel mungkin berlaku. Peluru berpandu dianggap antara…