JAKARTA: Indonesia mengalami 4,071 gempa bumi sepanjang Ogos lalu, menurut laporan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG). Daripada jumlah itu, 21 gempa bumi direkodkan melebihi 5.0 skala Richter, manakala 4,050 lagi gegaran berada di bawah paras tersebut, dengan kebanyakannya kecil dan tidak dirasai penduduk. Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono, berkata, daripada ribuan gempa bumi itu, 90 daripadanya dirasai penduduk dan tiga menyebabkan kerosakan. “Namun, gempa bumi di bawah…