KOTA KINABALU: Saksi keenam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, wujud ‘High Council’ di asrama sekolah pelajar itu. High Council merupakan drama bersiri di stesen televisyen berbayar, mengisahkan budaya gengsterisme dan buli dalam sebuah sekolah berasrama penuh yang diambil daripada inspirasi kisah benar. Saksi berkenaan, pengawal keselamatan, Linah Mansoding @ Jaliha mendedahkan kewujudan kumpulan itu (‘High Council’) di Asrama Qurratu ‘Ayun di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha,…