SERDANG: Umat Islam seharusnya agar menghentikan perbalahan sesama sendiri dan meniup sentimen kebencian atas nama agama serta mengapi-apikan berita fitnah sehingga memecah-belahkan keluarga serta masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, umat Islam sebaliknya perlu menguasai ilmu dan teknologi, mengeratkan perpaduan serta menjadi pendamai bagi membangunkan gagasan Malaysia Madani. Katanya, perbalahan dan tindakan yang memecah belah tidak membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya…