BATU PAHAT: Satu lagi gempa bumi lemah berlaku di Sri Medan, Parit Sulong, di sini petang tadi yang merupakan gempa kelapan di Johor sejak kejadian pertama berlaku di Segamat pada 24 Ogos lalu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman web memberitahu, gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 itu berlaku pukul 6.39 petang kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.
Gempa itu berpusat pada koordinat 1.95 darjah Utara, 102.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan dan perkembangan gempa bumi ini.-UTUSAN.