PETALING JAYA: Pencalonan beberapa Duta Besar Amerika Syarikat (AS) yang baharu termasuk ke Malaysia masih melalui proses tapisan dalaman Washington dan perlu mendapat pengesahan Senat sebelum dimuktamadkan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebarang pelantikan duta memerlukan persetujuan rasmi atau agrement daripada negara penerima selaras dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik. Katanya, setakat ini Malaysia belum menerima sebarang pemakluman rasmi daripada AS berhubung calon baharu yang bakal mengetuai kedutaan…