PETALING JAYA: Pelaksanaan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang bermula hari ini dijangka mengubah corak perbelanjaan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai mula mengambil peluang bukan memperbaharui MyKad tetapi juga lesen memandu bagi melayakkan mereka menerima subsidi petrol pada harga RM1.99 seliter. Seorang pesara swasta, Maznah Mansoor, 61, berkata, dia melihat mekanisme itu dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat apabila lebihan wang boleh…