Bekas ADUN Juasseh meninggal dunia

Bekas ADUN Juasseh meninggal dunia

ALLAHYARHAM Datuk Mohammad Razi Kail.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, 61, meninggal dunia pagi ini akibat komplikasi penyakit hati.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berkata, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada pukul 9.04 pagi tadi di rumahnya di Taman Guru Melayu di sini.

Menurutnya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height (Senawang) di sini selepas solat solat Zuhur.

“Allahyarham dikenali ramai sebagai seorang tokoh masyarakat yang mudah didekati. Saya juga sudah mengenalinya sebelum menceburi dunia politik.

“Kali terakhir saya bertemu beliau adalah di majlis perkahwinan anaknya. Ketika itu, beliau berkerusi roda,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Allahyarham menjadi ADUN Juasseh dari tahun 2004 hingga 2018 mewakili Barisan Nasional (BN) dan pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN