Nafi berlaku perebakan jangkitan Covid-19 di Juasseh - Utusan Malaysia

Nafi berlaku perebakan jangkitan Covid-19 di Juasseh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Tidak berlaku perebakan jangkitan Covid-19 di kawasan Pasir Ambor dan Juasseh di sini seperti didakwa menerusi mesej tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Bilik Gerakan Covid-19, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah menerusi kenyataan memaklumkan, memang berlaku satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) di kawasan tersebut namun tidak berlaku perebakan jangkitan dalam kalangan kontak rapat dan penduduk.

“PKD Kuala Pilah ingin mengesahkan telah berlaku satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) Covid-19 di kawasan tersebut namun tiada sebarang perebakan dalam kalangan kontak rapat dan penduduk di kawasan sekitar. 

“Oleh itu, kenyataan tersebut adalah tidak sahih. Semua kontak rapat didapati tidak bergejala dan berstatus negatif Covid-19 ini juga telah diberikan pendidikan kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Ujar kenyataan itu lagi, pengurusan jenazah kes Covid-19 itu juga telah dilaksanakan mengikut tatacara terkini iaitu pihak PKD telah membenarkan waris untuk bersama-sama menguruskan jenazah tersebut.

“PKD Kuala Pilah ingin menegaskan bahawa tiada perebakan kes Covid-19 di kawasan yang dinyatakan. Kami sentiasa komited dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung dan dipantau dari semasa ke semasa. 

“Oleh itu, kami memohon untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dan  mengganggu ketenteraman awam,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya