Akupuntur kukuhkan bidang kesihatan Malaysia -China - Utusan Malaysia

Akupuntur kukuhkan bidang kesihatan Malaysia -China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala dalam bidang kesihatan Malaysia dan China, Lincoln University College (LUC) Malaysia, dengan kerjasama Shenzhen Shouzheng Innovation Traditional Chinese Medicine (TCM) Development Foundation, telah menganjurkan Program Amal Pertukaran Antarabangsa “Stesen Akupunktur Jalur dan Laluan”.

Presiden LUC, Prof. Dr. Amiya Bhaumik, berkata kerjasama tersebut menzahirkan penghargaan tinggi terhadap nilai mendalam perubatan tradisional Cina, selain menyokong inisiatif yang mempromosikan kerjasama antarabangsa serta pertukaran budaya dalam bidang kesihatan.

‘Kami juga menghargai komitmen Yayasan dalam memajukan pembangunan perubatan tradisional Cina melalui projek kebajikan inovatif yang selari dengan Inisiatif Jalur dan Laluan.

‘Selaras dengan pengaruh global China yang semakin berkembang, TCM tidak sekadar dilihat sebagai perubatan alternatif tetapi juga diberi perhatian sebagai warisan budaya bernilai tinggi,” katanya.

Dr. Amiya menambah bahawa projek ini diyakini menjadi platform mampan bagi pertukaran antarabangsa dalam bidang TCM, di samping mengukuhkan persahabatan antara Malaysia dan China.

‘Di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan oleh Presiden Xi Jinping serta strategi nasional untuk menghidupkan semula TCM, Yayasan Shenzhen Shouzheng Innovation TCM Development bertanggungjawab memberi latihan teknologi akupunktur serta pembinaan tapak fizikal bersama di negara-negara terlibat.

‘Penubuhan Stesen Akupunktur Jalur dan Laluan ini juga bakal memperkasakan kakitangan perubatan tempatan dengan kemahiran akupunktur, menjadikannya jambatan inovasi perubatan, pengukuhan budaya dan pertukaran antarabangsa jangka Panjang,’ katanya.

Sementara itu, program ini menggunakan model latihan yang melibatkan tiga hari latihan kemahiran dan tujuh hari bimbingan

Melalui model program ini juga, membolehkan golongan profesional perubatan Malaysia menjalani pembelajaran praktikal melalui pengajaran berstandard, amalan klinikal dan pembangunan bersama Stesen Akupunktur Jalur dan Laluan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN