Ahmadrashidi dianugerahkan Tokoh Seni Negeri Sembilan

Ahmadrashidi dianugerahkan Tokoh Seni Negeri Sembilan

AHMADRASHIDI Hasan (tiga dari kanan) menerima Anugerah Tokoh Seni Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon (dua dari kiri) pada Majlis Anugerah Seni Negeri Sembilan 2025 di Seremban, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengasas Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan, Dr. Ahmadrashidi Hasan meraih Anugerah Tokoh Seni Negeri Sembilan pada Majlis Anugerah Seni Negeri Sembilan 2025 di sini kelmarin.

Tokoh berusia 68 tahun itu dipilih menerima anugerah tertinggi itu atas dedikasi, kepakaran dan sumbangan beliau mengangkat martabat seni, teater serta budaya bangsa terutamanya di negeri ini.

Ahmadrashidi memainkan peranan utama menjayakan Program Budaya@Komuniti Adat Waghih Luak Terachi 2025 di Kuala Pilah baru-baru ini. 

Manakala kelab teater yang dipimpinnya juga telah menganjurkan Konsert Muzik Tradisional Negeri Sembilan yang mendapat sambutan hangat orang ramai.

Majlis Anugerah Seni Negeri Sembilan 2025 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan itu menyaksikan sebanyak 30 pencalonan telah diterima merangkumi empat kategori utama tahun ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×