Abuya direman lagi, bantu siasatan kes amang seksual

Abuya direman lagi, bantu siasatan kes amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang mudir sebuah madrasah pengajian agama di sini yang dikenali sebagai Abuya sekali lagi direman bagi membantu siasatan berkait kes amang seksual terhadap seorang pelajarnya di sini semalam.

Menurut sumber, suspek berusia 46 tahun itu reman selama seminggu bermula hari ini.

“Kita tahan suspek selepas mangsa berusia 16 tahun yang merupakan pelajar di madrasah berkenaan tampil membuat laporan polis.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.

Utusan Malaysia pada 11 September lalu, melaporkan lelaki sama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa pelajar lelaki selain memiliki gambar lucah antara Jun 2024 hingga 20 Ogos lalu.

Terbaru semalam, lelaki yang sama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 14 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN