PORT DICKSON: Seramai 43 orang penduduk Kampung Jimah Lama, Siliau di sini terjejas banjir susulan hujan lebat yang melanda malam tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata mangsa terjejas membabitkan 27 dewasa serta 16 kanak-kanak dan kesemua mereka diarahkan berpindah selepas kediaman mereka dinaiki air awal pagi tadi/ “Banjir itu menjejaskan sembilan buah rumah dengan arahan perpindahan dikeluarkan seawal pukul 6 pagi selepas…