KUALA KRAI: Seorang warga emas maut dipukul anak lelakinya yang dipercayai ‘mental’ akibat dadah menggunakan kerusi kayu semasa sedang menunaikan solat subuh di Kampung Kuala Geris, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu mangsa berusia 74 tahun maut dilokasi akibat kecederaan parah.
Imam Tua Masjid Mukim Kuala Geris Marhadi Mohamed berkata, sejurus mengetahui kejadian itu dia terus bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba dia mendapati warga emas berkenaan berada dalam keadaan berlumuran dadah dan sudah meninggal dunia.
“Saya terus mengubungi pihak polis untuk tindakan selanjut. Semasa kejadian isteri mangsa tiada dirumah kerana menunaikan solat subuh di masjid.
“Semasa sihat, arwah sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Marhadi memberitahu, anak mangsa telah ditangkap oleh polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan suspek utama telah ditangkap.-UTUSAN