Tengku Zafrul tikam belakang, Khir Toyo berkhayal tawan Selangor

Tengku Zafrul tikam belakang, Khir Toyo berkhayal tawan Selangor

MOHD. ZAIDI MD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO Selangor menyifatkan tindakan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai PKR sebagai tindakan tikam belakang manakala hasrat Dr. Mohamad Khir Toyo menawan semula Selangor bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dianggap sekadar mimpi.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Zaidi Md. Zain (gambar) berkata, langkah PKR menerima penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu disifatkan perbuatan ‘tikam belakang’ terhadap rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, UMNO tidak pernah menghalang mana-mana ahli keluar parti namun menjadi isu apabila seseorang itu memilih untuk menyertai parti lain dalam kerajaan yang sama kerana ia dilihat tidak menghormati semangat setiakawan.

“Kalau dia keluar ke parti yang tiada dalam Kerajaan Perpaduan, tiada masalah tetapi ini seolah-olah menikam daripada dalam. Ramai ahli nampak begitu kepada Tengku Zafrul,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau menegaskan, tindakan itu bukan sahaja boleh menghakis kepercayaan antara parti dalam kerajaan malah membuka ruang besar untuk pihak lawan memecah-belahkan perpaduan sedia ada.

“Kes penerimaan Tengku Zafrul dalam PKR tidak boleh dipandang ringan atau ditutup begitu sahaja,” tegasnya.

Mengulas tindakan Mohamad Khir yang menyertai Bersatu Rabu lalu, Mohd. Zaidi menegaskan, langkah tersebut tidak akan memberi sebarang impak besar.

Malah beliau menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Selangor itu yang keluar parti dengan menyalahkan UMNO sebagai sesuatu yang tidak tepat dan tidak berasas.

Tambah beliau, kemenangan besar Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11) pada 2004 bukan kerana kehebatan beliau, tetapi faktor kepimpinan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Pada PRU12, beliau memim­pin sepenuh penggal namun UMNO Selangor jatuh teruk daripada 54 kerusi kepada hanya tinggal 21 kerusi. Kepemimpinannya dianggap lemah dan menjadi punca UMNO terus merosot hingga kini.

“Kini, menyertai Bersatu, parti yang pernah menumbangkannya seperti Datuk Seri Azmin Ali dan ini tidak akan mengubah nasib politiknya.

“Secara realistik, Khir Toyo tidak akan mampu menyerlah apatah lagi menjadi faktor kemenangan untuk menawan Selangor,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN