DUNGUN: Seorang peneroka di Felda Kerteh 1, di sini sanggup menghabiskan wang kira-kira RM15,000 bagi membina sebuah replika rumah generasi Felda di tanah rancangan itu. Replika rumah asal generasi Felda itu dibina secara bergotong-royong sejak Mei lalu dan dihiasi Jalur Gemilang serta hiasan lain sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-68. Ghazali Abdul Kadir, 65, berkata, dia sanggup menghabiskan wang untuk pembinaan replika rumah itu sebagai mengingati nostalgia penempatan awal di Felda…