Presiden Honda 'turun' Perlis, jumpa Dr. Maza isu kerosakan kereta - Utusan Malaysia

Presiden Honda ‘turun’ Perlis, jumpa Dr. Maza isu kerosakan kereta

MOHD. Asri Zainul Abidin (tiga dari kiri) menerima kunjungan daripada kepimpinan tertinggi Honda Malaysia di kediamannya, hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerima kunjungan kepimpinan tertinggi Honda Malaysia di kediamannya pagi tadi bagi membincangkan mengenai isu kerosakan kereta rasmi yang diadukan beliau sebelum ini.

Pertemuan tersebut diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd, Ir. Sarly Adle Sarkum bersama kepimpinan ibu pejabat syarikat berkenaan.

Menerusi kemaskini di laman Facebook beliau, Mohd. Asri menzahirkan penghargaan di atas kerjasama kepimpinan Honda Malaysia yang menunjukkan sikap baik dalam menjaga hati pengguna.

“Alhamdulillah, saling memahami situasi. Saya mengucapkan terima kasih atas ‘good will’ dan kerjasama kepimpinan Honda. Jauh mereka turun ke Perlis. Honda menunjukkan sikap yang baik dalam menjaga hati pengguna,” tulisnya.

Sebelum ini, Mohd. Asri menerusi laman Facebook lantang membangkitkan mengenai isu kerosakan kereta rasmi jenis Honda Accord dinaiki beliau yang sudah beberapa kali berdepan isu kerosakan dan terkandas.

Selain itu, beliau juga pernah membangkitkan mengenai keengganan pusat servis syarikat itu yang didakwa keberatan membaik pulih kenderaannya sehingga beliau menurunkan kemaskini di laman sosial tersebut.

Ujarnya, berdasarkan maklumat, terdapat banyak kereta Honda kerajaan negeri menghadapi pelbagai masalah dan difahamkan himpunan aduan ke atas pusat servis juga sedang dikumpulkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN