PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berikutan penularan berita tidak benar di media sosial berkaitan tangkapan wanita yang menaiki pentas utama ketika acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, pagi tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, polis kontinjen Perak mengesan penularan berita melalui Facebook berkaitan bangsa wanita terbabit. “Pihak polis menyangkal berita tersebut sebaliknya tangkapan telah dibuat ke atas wanita tempatan berusia 41 tahun dan ujian…