PKR mahu kerjasama erat dengan GRS demi kestabilan politik

PKR mahu kerjasama erat dengan GRS demi kestabilan politik Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: PKR mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 akan datang.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerjasama itu penting kerana gabungan kedua-duanya mempunyai kelebihan dalam mengekalkan kestabilan di peringkat negeri.

“Sebenarnya tugas kita adalah untuk mempertahankan kestabilan politik negara ini.

“Kerajaan Perpaduan Madani bersama BN dan GRS adalah komponen besar yang mesti bekerjasama supaya kestabilan dapat dipastikan di peringkat nasional dan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikiam pada sidang pada sidang akhbar Jelajah Pendidikan Tinggi Untuk Komuniti @ Sabah (JPTUK@S) Siri Ketujuh di Felda Umas, dekat sini hari ini.

Mengulas mengenai hasrat PKR untuk bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang, Mustapha berkata, parti itu mampu mencapai kemenangan di kerusi-kerusi terbabit.

“Dulu kita pembangkang. Sekarang ini kita adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduaan. Pakatan Harapan (PH) adalah tunjang kepimpinan negara maka kita juga mahu bersama-sama bukan hanya di peringkat nasional tetapi juga negeri.

“Kita perlukan suara lebih besar dalam DUN untuk mengangkat agenda reformasi, isu tadbir urus dan rasuah,” katanya.

Beliau menegaskan, PKR yang merupakan parti komponen PH tidak hanya meletakkan sasaran kerusi, sebaliknya turut menampilkan calon berkelayakan.

Katanya, calon-calon itu mestilah
mempunyai kelayakan pendidikan, pengalaman pengurusan serta latar belakang politik yang boleh diterima masyarakat.

“Kriteria penting adalah mereka mudah diterima rakyat dan mampu membawa suara reformasi ke dalam DUN,” tambahnya.

Mustapha turut menyebut beberapa kawasan yang dikenal pasti berpotensi untuk ditandingi PKR, antaranya Merotai, Kukusan dan Sebatik namun berkata pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas rundingan kerusi dimuktamadkan.

Sementara itu, berhubung manifesto PRN, beliau menjelaskan pihaknya akan mengumumkan pada masa yang sesuai kerana ketika ini perbincangan masih diperingkat rundingan kerusi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN