LYON: Sebuah pesawat penerbangan tambang murah, Easyjet, yang dalam perjalanan dari Perancis ke Portugal terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Lyon selepas seorang penumpang cuba menceroboh masuk ke kokpit. Menurut polis dan syarikat penerbangan itu, insiden berlaku tidak lama selepas pesawat EJU4429 berlepas dari Lyon menuju ke Porto, pada Jumaat lalu. Penumpang lain berjaya menenangkan lelaki terbabit sebelum dia diikat sehingga pesawat selamat mendarat semula. “Penerbangan EJU4429 dari Lyon ke…